Movie Review : Qorin (2022)

 


First entry aku pilih nak buat movie review tentang cerita yang aku baru tengok 2 hari lepas iaitu Qorin hehe. Filem ni mengisahkan tentang sebuah sekolah agama perempuan dimana pelajar diajar ilmu agama. Dalam cerita ni ada beberapa watak iaitu Zahra dan Yolanda, salah satu watak utama dalam cerita ni. Selain itu, ada Ustaz Jaelani, Ummi Hana sebagai isteri Ustaz Jaelani dan Ummi Yana sebagai warden di sekolah tersebut.

Kedatangan Pelajar Baru

Cerita bermula apabila ada seorang pelajar baru masuk ke sekolah tersebut iaitu Yolanda. Yolanda satu watak sorang pelajar perempuan atau gadis bermasalah yang dihantar ke sekolah tersebut untuk memperbaiki sikapnya. Zahra selaku pelajar terbaik di sekolah tersebut ditugaskan oleh Ustaz Jaelani untuk membantu Yolanda. Yolanda juga diletakkan sebagai salah seorang rakan sebilik Zahra. 

Diajar untuk Memanggil Qorin!

Huru-hara mula terjadi apabila Ustaz Jaelani yang merupakan ustaz disekolah tersebut telah mengajar pelajar-pelajar perempuan untuk melakukan ritual qorin sebagai salah satu subjek untuk lulus pengajian. Seingat aku lah dulu ustaz aku pernah cakap yang qorin ni macam pendamping kita. Dalam cerita ni, qorin ni sebijik rupa macam kita tapi perangai macam hantu! ok back to the story, lepas Ustaz Jaelani membuat ritual qorin, pelajar diganggu makhluk yang berupa sama seperti diri mereka sehingga ada diantara mereka yang dirasuk.

Rahsia Terbongkar!

Zahra dan Yolanda secara tidak sengaja melihat apa yang dilakukan oleh Ustaz Jaelani melalui perbuatan syirik iaitu melalui qorin. Ustaz Jaelani rupanya telah menyeru qorin untuk merasuk tubuh pelajar agar ikut arahannya dan melepaskan nafsu keatas pelajar tersebut. Ustaz Jaelani juga telah membunuh Kiai Mustafa, bapa kepada isterinya Ummi Hana dan juga pengetua asal sekolah tersebut.

Berdasarkan cerita ni, aku rasa jalan cerita sangat predictable sebab Zahra dari awal cerita dah macam ada something dengan Ustaz Jaelani. Zahra seperti takut takut dengan ustaz tersebut dan cuba mengelak untuk bertentang mata dengan Ustaz Jaelani. 

Selain dari itu, aku tak puas hati dengan watak Ummi Hana dan Ummi Yana dalam cerita tu. Mereka seolah olah satu watak sahaja. Babak seram dalam cerita ni ada part yang memang jumpscare dia boleh tahan dan ada part lain nya macam tak logik sangat dan storyline dia agak slow di akhir cerita. Overall, 5/10.



Post a Comment (0)
Previous Post Next Post

Weekend di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur