Tempat menarik di Da Nang, Vietnam

Hi! Kalini aku nak share pengalaman aku bercuti di Da Nang, Vietnam selama 4 hari 3 malam. Aku agak excited nak share pengalaman ni sebab ni pertama kali aku ke luar negara bukan dengan parents aku and agak jauh hehe. Sebelum ni paling jauh aku pernah travel pun di Singapore dan di Hat Yai sahaja haha.

Okay baiklah. Hari pertama aku sampai ke Da Nang International Airport agak lambat oleh sebab flight delay lebih kurang 2 jam dari masa sepatutnya. Perjalanan ambil masa 1 jam 55 minit sempatlah aku tidur kejap dan perbezaan masa di Vietnam adalah lewat sejam dari masa di Malaysia. Persiapan sebelum ke Vietnam aku hanya beli makanan kering sedikit (maggi, biskut, chocolate) dan tukar wang. Vietnam menggunakan matawang Dong. Sebelum tu aku ada buat research, memang kadang ada penjual yang terima matawang RM di Vietnam tapi kebanyakkannya di Ho Chi Minh, di Da Nang jarang penjual terima RM ye.

1. Linh Ung Quan Yin Pagoda


Linh Ung Quan Yin Pagoda yang terletak di Son Tra Peninsula merupakan salah satu dari 3 temple terbesar di Da Nang. Disebabkan aku sampai di Vietnam agak lewat jadi aku sampai di pagoda ni dah gelap walaupun baru pukul 6 petang waktu Vietnam. Pagoda ni terletak di atas bukit so agak jauh juga perjalanan untuk ke sana. Sepanjang perjalanan korang akan lalu sepanjang pantai My Khe. Pagoda ni memang betul betul menghadap east sea so view dia pada waktu siang memang sangat cantik.

2. Bana Hills


Bana Hills ni memang tempat wajib pergi kalau korang di bercuti di Vietnam! Bana Hills ni di katakan dulu pusat peranginan untuk Perancis jadi seni bina bangunan kat sana gaya Perancis. Bana Hills terletak lebih kurang 1,500 metres dari aras laut dan perjalanan naik cable car ke atas ambil masa dalam 25 ke 30 minit. Kat sini juga ada The Golden Bridge atau dikenali juga sebagai Hand Bridge. Bana Hills ni memang spot ootd paling menarik. Tapi make sure korang pakai kasut yang sesuai sebab penat betul nak pusing satu Bana Hills tu.

3. Coconut village at Hoi An Province

Kalau korang berkesempatan, singgahlah di Coconut Village yang terletak di Hoi An ni. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 30 ke 45 minit dari Da Nang dan approximately 6 km sahaja dari Hoi An. Kat sini agak panas, jadi pakailah pakaian yang bersesuaian. Coconut Village ni popular dengan boat tradisional Vietnam, basket boat. Biasanya, mereka akan bawak korang naik basket boat tu sepanjang sungai dan kadang-kadang mereka ada buat persembahan nyanyian dan pusingkan boat korang kat tengah tengah sungai tu hehe.

4. Marble Mountain


Kalau korang nak visit Buddist Temple and tengok view boleh lah ke Marble Mountain. Marble Mountain ni aku suka seni bina temple tu memang wow dan suasana kat situ memang tenang sebab dia mengekalkan alam semulajadi kat situ. Naik temple tu sama ada korang nak hiking atau ada disediakan lift. Turun dari situ ada tangga so better korang wear appropriate attire ye.

5. Hoi An Ancient Town & Han Market

 

Agenda yang paling ditunggu-tunggu iaitu shopping! Kat Da Nang ni ada dua tempat shopping yang korang boleh pergi iaitu Hoi An Ancient Town dan Han Market. Hoi An Ancient Town ni lebih kepada kedai yang berderet, memang lenguh kaki nak jalan ke semua kedai. Tapi yang best kalau korang penat, boleh singgah cafe minum kopi Vietnam hehe. Hoi An ni lebih kepada menjual baju, beg, keychain dan sebagainya. Han market ni lebih kepada pasar, korang bleh beli kekacang, baju dan kasut kat sini. Han market ni bagi aku lagi murah dari Hoi An.

Itu sahaja yang aku dapat kongsikan untuk entry kali ini. Nak share banyak lagi takut korang bosan. Jadi, kalau ada apa-apa pertanyaan jangan segan silu untuk komen. InsyaAllah kalau ada kelapangan aku jawab tau. Semoga perkongsian aku ni dapat membantu korang yang nak ke Vietnam nanti :)




2 Comments

  1. Menarik jugak ye jalan2 kat Vietnam. Trip plan sendiri atau pergi dengan travel agent ye?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Pergi dengan agent diorang yg urus semua, flight, makan, transport semua. Makan pun boleh request no pork nnti dia carikan

      Delete
Post a Comment
Previous Post Next Post

Weekend di Pusat Sains Negara, Kuala Lumpur