Pada cuti hari minggu yang lepas, adik aku dan rakan-rakannya datang bercuti dan tumpang tidur dirumah aku. Jadi, aku pun bawalah mereka berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur. Antara tempat yang kami lawati adalah Pusat Sains Negara (PSN), KL. Buat pengetahuan semua pembaca, PSN sekarang tengah buat promosi Tiket Rahmah untuk pengunjung sehingga 30 Jun 2023 ini! Tiket Rahmah merupakan tiket masuk sahaja ye, kalau nak masuk bahagian Dino dan Obskura korang kena beli tiket asing.
Apa yang ada di PSN? Setibanya korang kat sana, korang akan masuk melalui tunnel aquarium ikan air tawar. Seronok kalau datang dengan budak-budak mesti excited sebab ikan banyak!
Seterusnya korang akan masuk bahagian sains. Bahagian sains ni banyak pameran sains yang korang boleh cuba. Kalau rajin, boleh baca penerangan yang disediakan untuk setiap pameran. Kalau budak-budak memang terus main, tak baca dah haha.
Seterusnya, bahagian Biology, Physics and Chemistry menarik juga lah. Mengingatkan aku masa di sekolah menengah asyik tidur je waktu subjek sains hehe. Bahagian ni lagi banyak pameran, bukan budak-budak je excited, mak ayah budak pun teruja!
Bahagian seterusnya ialah Dino. Macam yang diberitahu awal-awal tadi ruangan Dino dan Obskura bahagian berbayar ye. A very nice experience sebab kat sini advance sikit. Korang boleh tengok Dino 'hidup' kat sini. Bahagian Obskura pula lebih kepada bahagian digital dan teknologi Virtual Reality.
Overall, great experience! 2 jam memang tak sempat nak habiskan semua pameran di sana. Cadangan aku, datanglah awal ye hehe
WAKTU LAWATAN
Waktu operasi :9.00 pagi – 5.00 petang
Sabtu sehingga Khamis
Tutup pada hari Jumaat
Maklumat lanjut boleh ke laman web rasmi PSN: https://www.psn.gov.my/








Bestnya dpt pergi pusat sains negara
ReplyDelete